lari Dalam Karung / Guni
Lumba lari dalam karung atau guni merupakan antara sukan yang sangat popular satu masa dahulu. Sukan ini sangat popular pada masa dahulu kerana sukan ini menyeronokkan. Ia bukan saja menyeronokkan kepada peserta tetapi juga penonton amat terhibur dengan cara para peserta berlari adalah berlainan ketika berada dalam karung. Sukan lumba lari dalam karung ini boleh dilakukan oleh semua golonggan masyarakat daripada kanak – kanak sehingga dewasa.
Pada masa lalu sukan lari dalam karung sering dilakukan selepas musim menuai padi dan diadakan di tanah-tanah lapang ataupun di sawah padi yang telah dituai. Mereka percaya bahawa sukan ini boleh menghiburkan mereka dan dapat menghilangkan rasa penat setelah selesai menuai padi.
sumber - sumber (gambar) diperolehi daripada internet..
Sukan lari dalam karung ini merupakan sukan yang sangat mudah untuk dikendalikan. Ia hanya memerlukan peralatan yang sedikit dan mudah untuk didapati. Antara peralatan yang perlu untuk melaksanakan sukan ini adalah karung atau guni dan kawasan lapang tempat para peserta berlari.