Lari Dalam Karung

Lari Dalam Karung

Saturday, 25 June 2011

Sukan Lari Dalam Karung

Pengenalan
Permainan tradisional merupakan suatu permainan atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan masyarakat untuk mengisi waktu senggang . Biasanya permainan tdarisional merupakan permainan yang tidak memerlukan banyak model dan semua peralatan yang digunakan adalah peralatan yang mudah untuk diperolehi.
          Di negeri Sabah, terdapat berbagai – bagai jenis sukan rakyat atau tredisional. Antaranya adalah sukan lari dalam karung. Bagi sukan rakyat atau tradisional, peraturan – peraturan sudah tentu berbeza mengikut jenis sukan. Walau bagaimanapun, peraturannya merupakan peraturan yang sangat mudah untuk dipatuhi dan tidak mengelirukan. Ini kerana biasanya sukan rakyat ini merupakan sukan yang senang untuk dimainkan dan boleh dimainkan oleh semua lapisan masyarakat.
Sukan rakyat atau sukan tradisional ini perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat. Ini kerana sukan – sukan rakyat juga adalah antara sukan yang boleh menjadikan seseorang itu sihat dan cergas jika dilakukan dengan betul. Selain itu, ia juga sangat seronok untuk dimainkan dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat. Akhir akhir ini, nampaknya sukan rakyat semakin tenggelam dan sudah mula ditinggalkan dan dilupai terutama sekali bagi golongan muda mudi. Mereka lebih cenderung untuk melakukan sukan – sukan modern. Oleh itu, perlu bagi kita untuk menghidupkan semula aktiviti – aktiviti yang melibatkan sukan rakyat agar ia tidak terus dilupai.